Monday, January 3, 2011

Welcome 2010

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia....................

     Syukur ke hadrat Allah S.W.T di atas segala limpah rahmat dan kurniaanNya dapat kita sama-sama mencapai goal 1 Million Group Kerteh bagi tahun 2010. Berkat doa dan usaha semua rakan sepasukan, kita berjaya menjadikan impian tersebut menjadi realiti...Tahniah dan Syabas....

     Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ahli SIXMA group diatas kejayaan SIXMA menjadi Million Dollar Agency (MDA) buat kali ke 6 berturut-turut bermula pada tahun 2006 sehingga 2010 dan InsyaAllah kita akan terus mengekalkan gelaran tersebut seterusnya menjadi Bumi's Agency No. 1 di Malaysia....

     Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang banyak memberi sokongan dan dorongan yang sangat tidak ternilai harganya. Kejayaan ini adalah milik kita semua dan insyaAllah kita akan terus berjuang bagi membantu mereka yang masih lagi tidak sedar tentang kepentingan pelan perlindungan ini....

     Bermula pada tahun 2011, saya berharap semua ahli keluarga SIXMA dapat bekerjasama mencapai target ataupun goal bagi tahun 2011 yang akan dibincangkan kemudian. Saya percaya bahawa setiap ahli SIXMA mempunyai bakat dan semangat yang tinggi serta mampu menjadi seorang yang berjaya di dalam bidang ini...

     Akhir kata dari saya, Mulakan tahun 2011 dengan semangat dan azam yang baru bagi mencapai impian dalam hidup kita. Percayalah bahawa anda mampu melakukannya...wasalam...
  
  " GOOD LUCK"